ada orang penah cakap, dalam Islam ada politik. jadi seharusnya kita kena ambil tahu juga perkara dalam politik. tak boleh sekadar biar tak tahu je..
subhanallah..
tetapi bab politik kadangkala boleh menyebabkan perpecahan. bahkan bukan saja perpecahan tetapi juga pergaduhan, sifat mazmumah dan sebagainya. selain itu dengan sebab terlampau fanatik dengan sesuatu kumpulan , maka habis orang yang tidak sokong kumpulannya dianggap memacam. ada yang lebih teruk lagi dianggap terkeluar dari Islam. sekiranya benar dalam Islam ada politik, mengapa sampai menjadi sifat khawarij dalam diri. seolah menganggap diri sendiri sahaja yang betul. malah ada yang sanggup tuduh memacam perkara sedangkan hanya dengar dari khabar angin. ada juga yang sanggup menipu demi meraih sokongan orang ramai. berakhlak kah sedemikian?
contohnya, sebelum 9 januari, heboh kononnya pemandu azizah kena racun dan sebagainya. tetapi apabila waktu 9 januari keputusan mahkamah menjadi tidak diduga, maka tetiba terus sembuh pemandu tersebut. kalau tak, penuh dalam twitter dan blog kononnya mamat itu disuntik sehingga jantung berhenti?Allahu...
dan pada ketika itu juga diadakan sidang akhbar sehari sebelum tarikh keputusan. seluruh ahli keluarganya duduk di hadapan kamera minta simpati orang ramai. anwar ni sakit belakang jadi mustahil dia buat benda tak elok dan sebagainya. boleh ikuti videonya disini
kasihan ahli keluarganya. hanya sebab perangai dia seorang habih semua kena jadi tonyok depan kamera. dia bukan kisah pun yang penting diri dia lepas dan dapat menimbulkan persepsi ke atas kerajaan. benarkah seperti yang didakwa oleh keluarganya? katanya anwar ni sakit belakang dan sebagainya sehingga diterbangkan pakar sakit belakang dari Jerman.
cuba tengok klip dibawah ini. dia bukan peduli pun yang penting hati dia gembira dan orang boleh lupa akan masalah moralnya. habis orang-orang yang konon berjuang pakat tertipu dengan lagaknya. sakit belakang tapi masih boleh gembira beronggeng lagi? agaknya mamat ni, kalau dengar muzik rancak ke mungkin secara otomatik dirinya akan goyang-goyang nak menari.
dan begitu jugalah sewaktu demonstrasi di hadapan pintu pagar universiti pengajian sultan idris lepas. tak ke pelik nak demo hantar memorandum waktu pejabat tengah cuti? pukul 2 pagi pula tu. kemudian heboh la dalam blog sana sini konon polis kejam dan sebagainya. di jaja klip konon simamat tu kena pukul oleh polis sampai koma. tapi alih alih boleh pula hepi 2-3 hari lepas tu jalan elok je. benarkah jalan perjuangan dengan cara yang menipu demikian? sedangkan dalam Islam, ciri-ciri untuk menjadi pemimpin ialah orang yang menghafal Al-Quran, bukan sekadar hafal tetapi memahami ayat, asbabun nuzul dan sebagainya. kalau lah tak dapat sangat pun, sekurangnya sudah khatam Al-Quran dan mentadabbur. tetapi ramai yang tergesa-gesa mahu dianggap ketua, lantas ketelitian didalam Islam mengenai ketua sudah ditolak tepi. asalkan boleh berpidato mengeluarkan ucapan buruk dan memaki hamun, diselang seli dengan kaitan kezaliman maka akan dianggap hebat. bila diberi amanah oleh penduduk setempat, tak pula dijalankan tanggungjawab tetapi pusing satu malaysia masih tak puas hati lagi konon sifatnya seorang pejuang. bukankah ianya seperti tanda tanda bahawa 'apabila amanah tidak dijalankan'...
bahkan ada yang sewenangnya mentakrifkan bahawa keadilan dalam Islam ialah melakukan kebajikan terhadap semua manusia tanpa mengira agama, iaitu sama rata. bukankah takrifan ini bertentangan dengan takrifan adil dalam Islam iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya. andai semua dilayan sama rata mengikut takrifan menyeleweng tiada siapa yang dapat memakai kereta mewah kerana semua orang perlu pakai kereta yang sama. baru lah adil. tetapi orang-orang yang 'memperjuangkan' Islam hanya menyokong sahaja maksud adil yang menyeleweng ini kerana demi 'menjatuhkan' musuh.
Allahu...sudah hilangkah segala ilmu Islam yang telah dipelajari sehingga senang saja mengikut fahaman orang yang tidak mengEsakan Allah dalam kehidupan?
membaca kembali kitab karya Imam Ghazali yang halus bahasanya,'Bidayatul Hidayah', ada tercatat mengenai berdebat atau bertengkar dan suka membantah perkataan orang lain. antara petikannya, "Dan janganlah engkau tertipu dengan helah syaitan kerana syaitan selalu mengatakan :"Engkau mesti bertengkar dengan mereka kerana engkau adalah memperjuangkan kebenaran dan jangan berlemah lembut didalam hal ini". sebenarnya syaitan telah berjaya menipu orang-orang yang bodoh sehingga mereka tercebur di dalam kejahatan sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat kebaikan. Syaitan dengan tipu helahnya selalu berusaha menampilkan kejahatan dalam bentuk kebaikan lalu ia mengolok-olok orang yang telah ia perdaya itu. Membela kebenaran adalah satu perkara yang baik, iaitu di hadapan orang yang memang mahu menerimanya dan mestilah dengan cara nasihat dari hati ke hati bukan dengan cara bertengkar kerana nasihat itu mempunyai caranya yang tersendiri dan berhajat kepada kelembutan. Kalau tidak nasihat itu akan berbalik menjadi 'Fadhihah' (pendedahan aib orang lain) maka jadilah kerosakannya lebih banyak daripada kebaikannya.
maka sesiapa yang selalu bergaul dengan ulama zaman sekarang ini pasti dia akan menjadi orang yang suka bertengkar dan suka berdebat dan susahlah dia untuk berdiam kerana ulama su' telah mengatakan bahawa pertengkaran itu adalah satu perbuatan yang terpuji dan kemampuan mengemukakan hujah-hujah dalam perbincangan itu satu perkara yang sangat baik. maka hendaklah engkau lari daripada mereka (ulama su') seperti engkau lari daripada harimau dan ketahuilah bahawa pertengkaran itu adalah salah satu di antara sebab yang menurunkan kemurkaan Allah Taala dan kemarahan manusia.
dan dalam bab yang lain dalam kitab yang sama, beliau menukilkan bahawa :
dan jadikanlah dirimu seperti perkataan ahli hikmah:
"berjumpalah dengan sahabatmu dan musuhmu dengan muka yang manis tetapi bukan kerana hina dan takut terhadap mereka. dan mantapkanlah dirimu tetapi bukan kerana sombong, dan rendahkan dirimu tetapi bukan kerana hina, dan hendaklah engkau menjaga kesederhanaan di dalam segala urusanmu kerana sesuatu yang kurang atau lebih adalah tidak baik seperti yang disebutkan di dalam sebuah syair yang bermaksud
- Hendaklah engkau menjaga pertengahan di dalam segala urusanmu, kerana pertengahan itu jalan yang paling baik di dalam menuju kebaikan.
- Maka janganlah engkau berlebihan atau kurang kerana keduanya adalah tercela.
dan jangan engkau memandang hebat terhadap dirimu dan jangan engkau banyak menoleh ke belakang ketika engkau berjalan dan jangan engkau singgah kepada mereka yang sedang berhimpun (kecuali apabila engkau mempunyai hajat).
pesanan Imam Ghazali didalam kitabnya telah lama tetapi sehingga sekarang masih nampak relevannya. bahkan kitabnya tak pula dihias kulit buku cantik ataupun illustrasi dan sebagainya tetapi isinya tetap utuh dan kekal walaupun sudah beratus tahun. bahkan ianya tetap mudah untuk difahami. apabila disarankan supaya istikharah apabila timbul sesuatu isu ataupun sesuatu perkara maka ada pula yang melenting marah. kononnya masih lagi tidak faham Islam dan perjuangan sebagaimana yang dia paham. seolah hanya diri dan kumpulannya sahaja yang 'memperjuangkan' Islam...orang Islam yang lain adalah musuh dan ahli neraka kerana tidak sama berjuang bersamanya.....
sama-samalah kita bermonolog dan muhasabah tentang haluan kita yang sebenarnya kerana kita semua masih banyak kelemahan...
wallahu'alam



Followers